KUCHING – Dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia lima tahun dilaporkan hilang di Kampung Pasir Pandak, malam ini.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Santubong pada pukul 8 malam memaklumkan kehilangan kedua-dua mangsa, Humaira Qalesya Mohd Dir dan NurAshafieya Aisyah Abd Nasru Asraf, yang tinggal di rumah sama di kampung berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Mohd Adib Ibrahim, memaklumkan bahawa pasukan sedang mendapatkan kronologi kejadian dan memulakan pencarian awal di kawasan sekitar. Operasi turut dibantu enam anggota Polis Diraja Malaysia dan tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Pencarian diteruskan dengan kekuatan sembilan anggota bomba, bagi memastikan keselamatan dan kelangsungan operasi mencari kedua-dua kanak-kanak itu
DUA KANAK-KANAK PEREMPUAN BERUSIA 5 TAHUN HILANG DI KAMPUNG PASIR PANDAK, KUCHING
byMALAYSIA HARI INI
-
0
