KES PEMBUNUHAN DAN PEMBAKARAN KEKASIH HAMIL: PEMUDA KEKAL MAHU MENGAKU BERSALAH

KLANG – Seorang pemuda berusia 22 tahun yang dituduh membunuh dan membakar kekasih hamilnya di Sabak Bernam, dua tahun lalu, kekal dengan keputusan mahu menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Tinggi di sini. Peguam bela, Muhammad Nor Tamrin, berkata anak guamnya, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, telah menghubunginya semalam menerusi panggilan telefon untuk menyatakan hasrat tersebut dan pagi tadi tetap bertegas mahu menukar pengakuan meskipun sudah dinasihati.
Berikutan itu, pihak pembelaan memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula untuk membacakan pertuduhan. Penolong Kanan Pendaftar, Luqman Abdul Haris, menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh sebutan. Prosiding hari ini sepatutnya mendengar keputusan representasi tertuduh, namun perkembangan terbaru itu mengubah laluan perbicaraan. Hakim Norliza Othman sebelum ini menetapkan tarikh perbicaraan pada Februari hingga April 2026.
Pada 15 Mei lalu, tertuduh juga telah dirujuk kepada pakar psikiatri untuk menjalani pemeriksaan mental. Muhammad Fakrul Aiman berdepan tuduhan membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, yang ketika itu hamil, di Jalan Sungai Limau, Sabak Bernam, antara jam 8.30 malam 22 Mei hingga 8 pagi 23 Mei 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama