SHAH ALAM – Bersatu Bahagian Terengganu mendesak pimpinan tertinggi parti menghentikan segera pertelagahan dalaman yang disifatkan sebagai punca kemerosotan imej parti dan hilangnya keyakinan rakyat.
Dalam kenyataan, bahagian itu menuntut Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengeluarkan kenyataan rasmi mengisytiharkan gencatan politik dalaman serta mengarahkan semua bahagian menghentikan serangan terbuka atau tersirat di media sosial.
Bahagian itu turut meminta Hamzah menafikan secara jelas dakwaan yang mengaitkannya dengan gerakan mengutip akuan bersumpah (SD) atau usaha menggugat kedudukan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain itu, beliau diminta memberi penjelasan telus berhubung beberapa isu pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan mengambil tanggungjawab kolektif terhadap prestasi parti.
Sementara itu, Bersatu Bahagian Kuala Terengganu menggesa naib presiden, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan ketua bahagian agar mematuhi keputusan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2025 serta menghentikan sebarang tindakan yang membawa perpecahan.
Menurut kenyataan tersebut, pihak lawan kini dilihat mengambil kesempatan daripada krisis dalaman untuk melemahkan sokongan terhadap Bersatu, manakala ahli parti pula dituntut mengutamakan kepentingan rakyat dan disiplin organisasi.
Bahagian itu menegaskan bahawa tiada parti mampu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) jika kepimpinan terus bercakaran tanpa hala tuju yang jelas.
“Kami mahu melihat Bersatu kembali kuat, tersusun dan bersatu di bawah satu kepimpinan,” katanya.
📍 Untuk info lanjut, lawati malaysiahariini.website
𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐌𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐋𝐀𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀
byMALAYSIA HARI INI
-
0
