𝐃𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐑𝐔 𝐊𝐀𝐁𝐈𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐈𝐉𝐀𝐁 𝐀𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈𝐀 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐄𝐒𝐈𝐅

KUALA LUMPUR – Keputusan AirAsia membenarkan kru kabin wanita memakai hijab ketika bertugas di semua laluan penerbangan bermula tahun depan disifatkan sebagai langkah progresif dan amat dialu-alukan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata dasar baharu ini mencerminkan komitmen syarikat penerbangan terhadap kepelbagaian, keterangkuman, serta penghormatan terhadap tuntutan agama pekerja Muslimah. "Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada AirAsia atas pengumuman dasar pakaian seragam yang lebih inklusif. Keputusan ini dijangka mula dilaksanakan pada suku pertama 2026," kata beliau.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para asatizah dan pihak berkaitan yang telah mengadakan perbincangan berterusan dengan AirAsia untuk merealisasikan langkah ini. Mohd Na'im menambah, keputusan itu diharapkan menjadi contoh terbaik bagi syarikat lain di Malaysia untuk menyokong kebebasan pekerja menjalankan tuntutan agama, selaras dengan semangat Perlembagaan dan nilai Malaysia Madani.
Media semalam melaporkan, polisi seragam baharu ini sejajar dengan budaya AirAsia dan maklum balas daripada pelbagai pihak. 📍 Untuk info lanjut, lawati malaysiahariini.website

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama