PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia membayar lebih RM3 juta kepada isteri aktivis, Amri Che Mat. Keputusan itu dibuat selepas Hakim Datuk Su Tiang Joo mendapati plaintif, Noorhayati Mohd Ariffin, berjaya membuktikan kes berdasarkan imbangan kebarangkalian. Mahkamah turut mengarahkan siasatan kehilangan Amri dibuka semula. Amri dilaporkan hilang sejak 2016 dan masih belum ditemui hingga kini.
Tags
MALAYSIA HARI INI
