𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑, 𝟖𝟎 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐊𝐀𝐅𝐀 𝐆𝐀𝐆𝐀𝐋 𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊𝐈 𝐔𝐏𝐊𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟓

KUALA LANGAT, 5 Nov — Seramai 80 murid sebuah sekolah rendah agama swasta di Bandar Saujana Putra, di sini, berputih mata apabila tidak dapat menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2025 selepas sekolah berkenaan disahkan tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Menurut salah seorang ibu bapa, Fariz Muhd Noor, 46, beliau hanya mengetahui perkara itu pada perjumpaan ibu bapa Ahad lalu selepas pihak sekolah memaklumkan permohonan pendaftaran calon UPKK mereka ditolak oleh JAIS.
“Pihak sekolah beralasan pendaftaran gagal kerana tidak mendapat kelulusan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) selaku pihak berkuasa tempatan,” katanya ketika ditemui. Tambahnya, beliau dan beberapa ibu bapa lain sudah berusaha mencari penyelesaian termasuk bertemu Ketua Pengarah JAKIM, namun diberitahu bahawa rayuan pendaftaran tidak dapat dipertimbangkan kerana tarikh akhir telah ditetapkan pada Jun lalu. Fariz berkata, mereka amat terkejut apabila mendapati sekolah itu sebenarnya tidak berdaftar dengan JAIS meskipun telah beroperasi bertahun-tahun serta pernah melahirkan ramai pelajar cemerlang. “Kami memohon jasa baik pihak berkuasa agar menggunakan budi bicara membenarkan anak-anak ini menduduki UPKK memandangkan peperiksaan akan bermula pada 17 November ini,” ujarnya.
Beliau menegaskan kegagalan menduduki UPKK akan memberi kesan besar kepada masa depan murid-murid tersebut, termasuk peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh aliran agama. 📍 Untuk info lanjut, lawati malaysiahariini.website

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama