PENAMPANG – Seramai tujuh individu terdiri daripada empat wanita dan tiga lelaki ditahan selepas disahkan positif pelbagai jenis dadah dalam operasi bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di beberapa pusat hiburan sekitar daerah ini, awal pagi Ahad.
Menurut kenyataan JSJN IPK Sabah, operasi yang bermula sekitar jam 3 pagi itu melibatkan pemeriksaan terhadap seramai 214 individu, terdiri daripada 95 wanita dan 119 lelaki, berumur antara 18 hingga 45 tahun.
Hasil pemeriksaan air kencing mendapati tujuh daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine, ketamine dan benzo. Selain itu, beberapa barangan dipercayai bahan terlarang seperti ketamine, pil ekstasi dan serbuk ekstasi turut dirampas untuk siasatan lanjut.
Semua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a), Seksyen 12(2) dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Polis menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan menyeru masyarakat agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti tersebut.
Operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa dalam memastikan kawasan hiburan bebas daripada pengaruh dadah serta menjamin keselamatan awam di negeri Sabah.
Untuk info lanjut, layari 📍http://malaysiahariini.website
Tags
MALAYSIA HARI INI