KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menuntut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi penjelasan berhubung keputusan menjadikan Bukit Damansara bukan lagi kawasan larangan pembangunan pencakar langit.
Beliau berkata, perubahan itu menimbulkan persoalan besar apabila DBKL didakwa mengeluarkan peta baharu yang membenarkan pembinaan bangunan setinggi 60 tingkat di Jalan Semantan, sedangkan sebelum ini kawasan itu dikenali sebagai zon had ketinggian disebabkan kedudukannya berhampiran Istana Negara.
Khairy turut menyertai perhimpunan aman “Selamatkan Bukit Damansara” bersama kira-kira 200 penduduk yang membantah pembangunan kondominium 60 tingkat oleh syarikat pemaju tempatan. Penduduk bimbang projek tersebut akan menambah kesesakan lalu lintas serta menjejaskan ketenangan kawasan kediaman.
Menurutnya, DBKL perlu menjelaskan sama ada kajian lalu lintas telah dijalankan sebelum kelulusan diberikan kepada pemaju terbabit. “Ini kerja gila. Kita nak tahu siapa yang meluluskan projek sebegini di kawasan padat dan sensitif,” tegasnya.
Khairy turut berjanji untuk terus memperjuangkan suara penduduk melalui pelbagai platform bagi memastikan kawasan Bukit Damansara kekal selamat dan tidak dibangunkan secara tidak terkawal.
KHAIRY MAHU PENJELASAN DBKL ISU PEMBANGUNAN PENCAKAR LANGIT DI BUKIT DAMANSARA
byMALAYSIA HARI INI
-
0