OPS BERSEPADU: 662 WARGA ASING DITAHAN DI PULAU INDAH, TAKTIK EKSTREM GAGAL ELAK TAHANAN


 OPS BERSEPADU: 662 WARGA ASING DITAHAN DI PULAU INDAH, TAKTIK EKSTREM GAGAL ELAK TAHANAN

PELABUHAN KLANG – Taktik nekad termasuk berendam dalam saluran kumbahan, menyorok dalam rumah sampah dan terjun dari tingkat tiga rumah kedai gagal menyelamatkan warga asing daripada dicekup dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor di kawasan perindustrian Pulau Indah pada Rabu.

Pengarah JIM Selangor, Khairul Aminus Kamarudin berkata, operasi bermula jam 9.30 malam itu hasil risikan empat bulan melibatkan pemeriksaan ke atas 1,132 individu di sembilan blok rumah kedai. Seramai 662 warga asing ditahan terdiri daripada warga Indonesia (643), Bangladesh (150), Pakistan (35), Myanmar (36), Nepal (24) dan India (10), berusia 16 hingga 80 tahun

.

Menurut beliau, antara kesalahan dikenal pasti ialah tiada dokumen sah, melanggar syarat pas serta tinggal lebih masa mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Seorang wanita cedera selepas terjun dari tingkat tiga, sebelum diberi rawatan oleh anggota APM.

Khairul Aminus menegaskan operasi akan dilaksanakan secara berterusan di seluruh Selangor bagi memastikan warga asing mematuhi undang-undang. Orang ramai dan majikan turut diingatkan agar tidak melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana tindakan tegas akan diambil.

Kesemua tahanan dibawa ke Pejabat JIM Selangor untuk dokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Imigresen Semenyih bagi siasatan lanjut.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama