KEKECOHAN CETUS DI PAT BERSATU, MUHYIDDIN MAHU MAKLUMAT LENGKAP

https://christmaspoisonouswiped.com/d4gstquc8m?key=3dfff2dc368065aa903d082895203ba0


 KEKECOHAN CETUS DI PAT BERSATU, MUHYIDDIN MAHU MAKLUMAT LENGKAP

SHAH ALAM – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan mendapatkan maklumat penuh berhubung insiden kekecohan yang berlaku ketika ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2025 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) malam ini.

Menurutnya, beliau tidak menyedari secara jelas apa yang berlaku kerana sedang menumpukan perhatian kepada ucapan. “Saya berada di atas pentas, fokus kepada ucapan, jadi saya tak pasti apa yang berlaku. Kita tunggu laporan daripada pegawai keselamatan,” katanya pada sidang akhbar.

Kekecohan tercetus ketika Muhyiddin menyentuh isu desas-desus wujud gerakan mengumpul tandatangan bagi menjatuhkan beliau. Ucapan itu disambut sorakan dan teriakan sebahagian perwakilan sehingga keadaan menjadi tegang. Situasi berlarutan beberapa minit sebelum petugas berjaya mengawal keadaan.


Muhyiddin bagaimanapun meneruskan ucapannya dan menyifatkan PAT Bersatu 2025 tetap berlangsung dalam semangat tinggi. Beliau berharap sesi berikutnya berjalan lancar tanpa gangguan.

Ketika ditanya mengenai kedudukannya sebagai Presiden, Muhyiddin menegaskan jawatan itu ditentukan melalui pemilihan parti dan sebarang perubahan mesti mengikut Perlembagaan Bersatu. “Saya tidak terganggu dengan dakwaan cubaan menjatuhkan saya. Dalam Bersatu tiada kem A, B atau C, hanya ada kem Bersatu,” katanya.

📍 Jom usha: http://malaysiahariini.website / https://malaysiahariininetwork.blogspot.com
.info lanjut dan Untuk berita terkini.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama