‘HENING RINDU’ NYANYIAN MARSHA MENANG ANUGERAH REKA BENTUK BUNYI TERBAIK DI TAIPEI

null


 

‘HENING RINDU’ NYANYIAN MARSHA MENANG ANUGERAH REKA BENTUK BUNYI TERBAIK DI TAIPEI

#Kuala Lumpur — Lagu ‘Hening Rindu’ nyanyian Marsha Milan meraih pingat emas dalam kategori reka bentuk bunyi terbaik untuk program televisyen di Anugerah ContentAsia 2025 di #Taipei, semalam. #Malaysia

Kemenangan itu disifatkan Marsha sebagai kejayaan berpasukan dan beliau mendedikasikannya kepada semua yang terlibat dalam penghasilan lagu tersebut, termasuk penerbit dan komposer, Wan Salleh dan Ikhwan Fattana.

Marsha, yang menyifatkan kemenangan itu sebagai hari istimewa kerana diterima sempena Maulidur Rasul, turut berharap kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada pemain industri muzik tempatan. #Seni #Muzik

‘Hening Rindu’ terbitan Alternate Records and Talents Malaysia berjaya menewaskan calon-calon lain dari Asia. Anugerah ContentAsia merupakan acara tahunan yang mengiktiraf kandungan video premium dan pencapaian bakat kreatif di rantau Asia. #Anugerah #ContentAsia

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama