HARIMAU MALAYA KEKAL REKOD TANPA KALAH DI BAWAH CLAMOVSKI SELEPAS TEWASKAN SINGAPURA


 

HARIMAU MALAYA KEKAL REKOD TANPA KALAH DI BAWAH CLAMOVSKI SELEPAS TEWASKAN SINGAPURA

#Kuala Lumpur — Skuad Harimau Malaya mengekalkan rekod tanpa kalah di bawah bimbingan ketua jurulatih Peter Cklamovski selepas menewaskan musuh tradisi, Singapura, 2-1, dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. #Harimau Malaya #Bola Sepak

Kemenangan ini merupakan yang kedua buat skuad kebangsaan di bawah Cklamovski dalam tiga perlawanan.

Gol pertama Harimau Malaya dijaringkan pada minit ke-26 oleh Stuart Wilkin, manakala Joao Figueiredo menambah gol kedua pada minit ke-55. Pasukan Singapura berjaya merapatkan kedudukan dengan jaringan tunggal melalui Ilhan Fandi pada minit ke-72. #Bukit Jalil #Singapura

Malaysia selepas ini akan bertemu Palestin dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di #Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, Isnin depan. #Johor #Malaysia


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama