VIDEO- SUSPEK CURI VAN JENAZAH DITAHAN SELEPAS KEMALANGAN, ADA 14 REKOD JENAYAH

SUSPEK CURI VAN JENAZAH DITAHAN SELEPAS KEMALANGAN, ADA 14 REKOD JENAYAH

#Kulai — Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan polis selepas mencuri van jenazah milik Surau Nurul Haq, #Jalan Besar Sungai Sayong, sebelum terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Skudai. #Johor #Malaysia

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, menyatakan bahawa pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan van jenazah dengan lori pada jam 2.30 pagi. Van jenis Toyota Hiace itu dicuri antara jam 12.01 tengah malam hingga 2 pagi.

Suspek ditahan pada jam 8.30 pagi. Semakan rekod mendapati dia mempunyai 14 rekod jenayah lampau. Polis kini giat mengesan tiga lagi rakan suspek yang dipercayai terlibat dalam kecurian itu.

Akibat kemalangan, suspek mengalami cedera ringan di muka dan kaki. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun jika sabit kesalahan. #Skudai #Polis #Jenayah

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama