JANGAN LAYAN SURAT LAYANG, KATA AZMIN ALI


 

JANGAN LAYAN SURAT LAYANG, KATA AZMIN ALI

#Shah Alam — Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berpendapat bahawa sebarang dakwaan tidak berasas yang disebarkan melalui surat layang tidak seharusnya dilayan. #Bersatu #Malaysia

Menurut Azmin, budaya politik kotor seperti ini harus dihentikan, bukan sahaja dalam Bersatu, malah di seluruh #Malaysia. Beliau menekankan bahawa populasi muda mahu melihat politik baharu yang akan menentukan masa depan rakyat.

"Surat layang adalah surat layang, bagaimana kita nak kawal," katanya. "Saya rasa kita tidak patut membalas atau layan surat layang."

Beliau menambah, tumpuan Bersatu kini adalah pada isu-isu rakyat seperti kos sara hidup, ekonomi, pendidikan dan memastikan perpaduan. Isu-isu ini akan menjadi tema utama pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang akan datang. #Politik #Azmin Ali


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama