ANGGOTA TENTERA ANTARA DUA MAUT, SEORANG CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN DUA KERETA


 ANGGOTA TENTERA ANTARA DUA MAUT, SEORANG CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN DUA KERETA

KEPALA BATAS – Dua lelaki termasuk seorang anggota tentera maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Shah Bandar, Taman Bertam Perdana, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 6.20 petang, pemandu Perodua Myvi, Tan Kwang Sin, 56, maut di tempat kejadian. Mangsa dipercayai dalam perjalanan bersama isterinya yang duduk di tempat penumpang.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Muhamad Haziq Adnan, 22, anggota tentera yang memandu Proton Iswara, meninggal dunia ketika dirawat di hospital akibat kecederaan parah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bertam bersama bantuan dari Kepala Batas dikerahkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati kemalangan membabitkan dua kereta iaitu Perodua Myvi dan Proton Iswara. Tiga mangsa tersepit di bahagian hadapan kenderaan masing-masing dan pihak bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa.

“Pemandu Myvi disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu Iswara disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Penumpang Myvi pula mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar nahas.

📍 Jom usha: http://malaysiahariini.website / https://malaysiahariininetwork.blogspot.com
.info lanjut dan Untuk berita terkini.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama