51 PERWAKILAN SAYAP BERSEKUTU BERSATU KELUAR DEWAN SEBAGAI PROTES TERHADAP KETUA
SHAH ALAM – Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertukar kecoh apabila 51 perwakilan bertindak meninggalkan dewan sejurus Ketua Sayap, Chong Fat Full memulakan ucapan dasar.
Tindakan itu menyebabkan dewan yang pada mulanya penuh, hampir kosong dengan hanya tinggal sekitar 10 perwakilan. Ketua Bahagian Sayap Bersekutu Negeri Sembilan, Datuk V Saravana Kumar berkata, langkah drastik itu adalah kemuncak kepada rasa tidak puas hati yang sudah lama membara.
Menurutnya, AGM kali ini tidak terurus dengan agenda mesyuarat yang tidak jelas, laporan tahunan kosong serta ketiadaan pembentangan usul. “Perwakilan marah kerana semuanya longgar. Walk out ini mesej jelas bahawa kepimpinan sedia ada tidak berfungsi,” katanya.
Saravana turut menegaskan kelemahan itu berpunca daripada kegagalan Fat Full memimpin dengan berkesan. Malah, katanya, Negeri Sembilan masih tidak mempunyai Ketua Sayap Bersekutu meskipun perkara itu sudah dibangkitkan berkali-kali.
Sehubungan itu, beliau menggesa pucuk pimpinan memberi peluang kepada Naib Ketua Bersekutu, Datuk Sri Sanjeevan yang disifatkan lebih aktif dan berwibawa untuk mengambil alih jawatan berkenaan.
“Kami hormati keputusan pemilihan lalu, tetapi jika pemimpin tidak bergerak, lebih baik beri peluang kepada yang layak. Walk out ini simbol penolakan besar-besaran,” katanya lagi.
📍 Jom usha: http://malaysiahariini.website / https://malaysiahariininetwork.blogspot.com
.info lanjut dan Untuk berita terkini.
