MUHYIDDIN: KERAJAAN MADANI GAGAL, RAKYAT TERUS TERHIMPIT

null


 MUHYIDDIN: KERAJAAN MADANI GAGAL, RAKYAT TERUS TERHIMPIT

SHAH ALAM – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menunaikan janji reformasi selain menambah beban rakyat dengan dasar bercelaru.

Dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2025, Muhyiddin berkata, rakyat kini semakin terhimpit akibat penghapusan subsidi, kenaikan kadar cukai, peluasan skop cukai serta pengenalan cukai baharu yang menyebabkan harga barang dan perkhidmatan melambung.

“Ini betul-betul kerajaan yang tidak prihatin terhadap nasib rakyat,” katanya.

Beliau turut menegaskan kerajaan gagal menunaikan janji berkaitan harga minyak, tol, hutang PTPTN dan pelantikan politik, sekali gus menjejaskan keyakinan rakyat. Malah, katanya, campur tangan politik dalam kes rasuah memperlihatkan kelemahan tadbir urus negara.

Menurut Muhyiddin, data ekonomi juga membuktikan prestasi pentadbiran semasa semakin lemah apabila pertumbuhan merosot, pelaburan langsung asing (FDI) menjunam dan lebihan dagangan jatuh ke paras terendah dalam sejarah mutakhir.

Sebaliknya, beliau mendakwa ketika pentadbiran Perikatan Nasional, ekonomi negara pulih lebih pantas meskipun berdepan pandemik Covid-19, dengan pertumbuhan tinggi, dagangan kukuh serta keyakinan pelabur yang meningkat.

Muhyiddin menegaskan rakyat kini menuntut perubahan besar demi menyelamatkan Malaysia serta meletakkan negara kembali di landasan yang betul.

📍 Jom usha: http://malaysiahariini.website / https://malaysiahariininetwork.blogspot.com
.info lanjut dan Untuk berita terkini.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama