KEMALANGAN MAUT DI LALUAN LAGUNA PARK – ARAH KE WESTPORTS
KLANG – Seorang lelaki Melayu yang merupakan kakitangan POSCO maut selepas motosikal jenis superbike yang ditunggangnya terbabas sendiri di laluan Laguna Park menghala ke Westports, pagi tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 7.20 pagi dan menerima respon segera daripada ambulans Westports (WP) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi.
Pasukan peronda Westports turut melakukan kawalan trafik bagi memastikan kelancaran perjalanan, sementara pihak Trafik Klang Selatan dimaklumkan mengenai insiden tersebut untuk tindakan lanjut.
Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa
