EMPAT SEKELUARGA MAUT, KERETA BERTEMBUNG TRELER DI GUA MUSANG
#GuaMusang – Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan tragis di Jalan Utama Felda Chiku 1 pada pagi Isnin. Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu membabitkan kereta Honda EK dinaiki lima sekeluarga bertembung dengan sebuah treler.
Mangsa yang maut ialah Muhammad Faiz Nor Amran, 32; adiknya, Nor Aina Imra, 21; serta dua anaknya, Muhammad Aryan Fattah, 5, dan Muhammad Aydan Fattah, 4. Isteri Muhammad Faiz yang juga pemandu, Tuan Nor Syuhada Mohd Zain, 23, mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Gua Musang.
Komander Operasi BBP Gua Musang, PBK II Nik Mohd Fakri Md Nawi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum bergegas 34 kilometer ke lokasi dan mendapati kesemua mangsa tersepit. Operasi disertai sembilan anggota menggunakan jentera penyelamat dan kenderaan respons pertama.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, memaklumkan siasatan awal mendapati kereta mangsa terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung treler. Pemandu treler tidak cedera.
Info lanjut dan untuk berita terkini 📍 Jom usha: http://malaysiahariini.website
