KELUARGA MOHON RAKAMAN DASHCAM KEMALANGAN MOTOSIKAL-BACKHOE DI SKVE


 KELUARGA MOHON RAKAMAN DASHCAM KEMALANGAN MOTOSIKAL-BACKHOE DI SKVE

PUTRAJAYA – Seorang wanita merayu orang awam yang memiliki rakaman dashcam berkaitan kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan jentera backhoe (JCB) untuk tampil membantu.

Menurut hantaran di laman Facebook BBBC oleh Ct Nur Syafiqa, kejadian berlaku pada 8 Ogos 2025 antara jam 8.00 hingga 8.30 pagi di Lebuhraya SKVE, selepas IOI Mall Putrajaya menghala ke Puchong/Seri Kembangan, berhampiran susur persimpangan dari Putrajaya.

“Suami saya kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang. Mohon ihsan sesiapa yang mempunyai rakaman dashcam ketika kejadian untuk berkongsi bagi tujuan siasatan,” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat atau rakaman diminta menghubungi pihak keluarga atau menyalurkan terus kepada pihak berkuasa.


Peluang mudah jana pendapatan dari rumah — klik dan mula sekarang 📍 https://christmaspoisonouswiped.com/d4gstquc8m?key=3dfff2dc368065aa903d082895203ba0

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama