ULTRAS MALAYA TUNTUT FAM DEDAH SUSUR GALUR PEMAIN WARISAN DIGANTUNG FIFA

KUALA LUMPUR – Ultras Malaya, kumpulan penyokong tegar Harimau Malaya, mendesak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi penjelasan segera berhubung isu tujuh pemain warisan negara yang digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Menerusi kenyataan di media sosial, Ultras Malaya menegaskan rakyat berhak mengetahui latar belakang sebenar pemain berkenaan bagi meredakan spekulasi. Mereka menyifatkan kegagalan FAM menangani isu ini bukan sahaja menjejaskan imej Harimau Malaya, malah turut menjatuhkan maruah negara di arena antarabangsa.
Tindakan FIFA itu berpunca daripada kesalahan dokumen melibatkan tujuh pemain iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca. FAM dikenakan denda CHF350,000 (RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (RM10,560) serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak. Ultras Malaya juga mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi penerangan tentang proses kewarganegaraan tujuh pemain itu. Mereka menegaskan ketelusan penting bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.
Dalam masa sama, FAM mengakui terdapat “kesilapan teknikal” ketika penyerahan dokumen kepada FIFA dan kini sedang mengemukakan rayuan rasmi. Bagaimanapun, Ultras Malaya menuntut butiran jelas mengenai kesilapan tersebut bagi memulihkan kembali keyakinan penyokong. 👉 lawati 📍 http://malaysiahariini.website

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama