NURUL SAKINAH HILANG SELEPAS TERIMA MYKAD, IBU ANGKAT BIMBANG KESELAMATAN

PONTIAN – Seorang ibu tunggal, Hashimah Hashim, 53, merayu pertolongan orang ramai untuk mengesan anak angkatnya, Nurul Sakinah Abdullah, 18, yang dilaporkan hilang dari rumah mereka di Kampung Sungai Darat, Serkat pada awal pagi Isnin lalu.
Menurut Hashimah, kehilangan itu berlaku ketika semua ahli keluarga sedang tidur. Remaja tersebut keluar melalui pintu dapur rumah sekitar jam 3 pagi tanpa sebarang pesan. “Saya membela Sakinah sejak dia berusia tujuh bulan, dijaga bersama enam lagi anak saya. Sebelum ini dia tidak pernah pergi jauh jika keluar rumah. Tetapi kali ini telefon saya juga tidak lagi boleh dihubungi. Saya bimbang keselamatannya, pulanglah Sakinah,” rayu Hashimah.
Difahamkan, Nurul Sakinah tidak bersekolah kerana masalah dokumen diri yang tidak lengkap, namun baru-baru ini berjaya mendapatkan MyKad. Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendan Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan kehilangan telah dibuat oleh keluarga di Balai Polis Permas. Beliau memaklumkan, gadis itu mempunyai ketinggian 156 sentimeter, berambut panjang paras bahu, berbadan sederhana, berkulit cerah dengan hidung mancung.
“Orang ramai yang ternampak atau mempunyai maklumat mengenai kehilangan ini boleh menghubungi Ketua Balai Polis Permas, Sub Inspektor Faridah Hassan di talian 013-7311232, hotline 07-6869999, atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. Kes kehilangan ini kini disiasat sebagai Orang Hilang (OH) dan usaha mengesannya sedang dijalankan. 👉 lawati 📍 http://malaysiahariini.website

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama