JPJ: KAMERA AWAS BERKESAN KURANGKAN KEMALANGAN DI TEROWONG MENORA

HULU SELANGOR, 1 Oktober – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) di Terowong Menora, Perak berjaya mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di kawasan berkenaan secara signifikan.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata sebelum pemasangan Awas, lokasi tersebut mencatatkan kemalangan hampir setiap minggu. Namun selepas sistem beroperasi, rekod menunjukkan hampir dua bulan tiada sebarang insiden berlaku. “Ini membuktikan keberkesanan kamera Awas dalam meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya. Tujuan utama pemasangan bukanlah untuk mengutip saman, sebaliknya mendidik pemandu supaya lebih berhati-hati terutama di kawasan berisiko tinggi,” katanya dalam sidang akhbar di Stesen Penguatkuasa Kalumpang, Hulu Selangor, hari ini. Turut hadir, Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan.
Tambah Muhammad Kifli, walaupun masih ada pemandu yang melanggar had laju, mesej utama adalah menanam kesedaran agar pemanduan lebih selamat. Beliau menjelaskan lebih 130 juta pelbagai notis saman, termasuk saman Awas, berjumlah RM130 juta telah diselesaikan oleh pengguna jalan raya sejak Januari. Menurut laporan, sebanyak 3,000 notis saman direkodkan setiap hari melalui dua kamera Awas yang dipasang di kedua-dua arah Terowong Menora, khususnya pada musim perayaan dan cuti sekolah. Katanya lagi, walaupun tindakan penguatkuasaan terus dijalankan, matlamat utama ialah memastikan keselamatan pengguna lebuh raya terjamin.
👉 Untuk info lanjut, lawati 📍 http://malaysiahariini.website

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama