Laman utamaINFO MALAYSIA HARI INI VIDEO- POLIS BUKA KERTAS SIASATAN KECURIAN BEG DI MASJID, MOHON KERJASAMA AWAM byMALAYSIA HARI INI -September 08, 2025 0 POLIS BUKA KERTAS SIASATAN KECURIAN BEG DI MASJID, MOHON KERJASAMA AWAMKOTA TINGGI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan rasmi berhubung kes kecurian beg yang berlaku di Masjid Jamek As-Sharif Felda Pasir Raja, Kota Tinggi, pada Sabtu. Kejadian ini mula tular selepas sebuah rakaman video dimuat naik ke laman TikTok.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, mengesahkan laporan polis diterima pada jam 8.19 malam, tidak lama selepas video tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun ‘AfiqAziz28’. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil ke hadapan. Mereka boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Sarjan Wan Mohd Kamal Wan Abas, di talian 013-2624774, atau menghubungi balai polis berdekatan. Maklumat juga boleh disalurkan melalui talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di 07-8831222.Jom usha: http://malaysiahariini.website Tags INFO MALAYSIA HARI INI MALAYSIA HARI INI Facebook Twitter