KERJASAMA DENGAN STESEN MINYAK, KERAJAAN PADA PERINGKAT AKHIR MUKTAMADKAN SUBSIDI RON95
KUALA LUMPUR – Kerajaan kini pada peringkat akhir untuk memuktamadkan kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, menyatakan butiran mengenai pelaksanaan yang dirangka dengan teliti ini akan diumumkan pada akhir bulan ini.
Dalam sesi soal jawab di Dewan Negara, Amir Hamzah berkata kerajaan sedang bekerjasama dengan syarikat stesen minyak bagi memastikan sistem pembayaran menggunakan MyKad dapat digunakan dengan mudah oleh pengguna semasa pengisian bahan api. Ini adalah langkah penting bagi memastikan kelancaran proses penyaluran subsidi.
Beliau juga menegaskan bahawa sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan digunakan sepenuhnya untuk menentukan kelayakan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak dan memerlukan akan menerima manfaat subsidi. Ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjamin ketelusan dan keberkesanan dalam penyaluran subsidi kepada rakyat.
Jom usha:
.jpg)