Laman utamaMALAYSIA HARI INI VIDEO -BERGURAU MELAMPAU JUGA BULI, TEGAS ASYRAF WAJDI byMALAYSIA HARI INI -September 23, 2025 0 BERGURAU MELAMPAU JUGA BULI, TEGAS ASYRAF WAJDI PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa gurauan melampau yang mencederakan orang lain adalah satu bentuk buli dan tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan. Beliau merujuk kepada video tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan pelajar institusi pengajian bertindak memegang tangan dan kaki seorang pelajar lain sebelum menghayunkan mangsa sehingga bahagian kelangkangannya terhentak pada tiang papan tanda. Insiden itu turut disaksikan beberapa pelajar lain yang hanya ketawa selepas perbuatan tersebut dilakukan.“Asyraf Wajdi menegaskan, tindakan sebegini tidak boleh dikompromi atas alasan gurauan. Apakah kita mahu tunggu sehingga ada kecederaan kekal atau kematian baru mahu bertindak? Semua pelaku mesti dikenakan tindakan undang-undang sebagai pengajaran,” katanya di media sosial. Orang ramai turut meluahkan rasa kesal dengan perbuatan terbabit, menyifatkannya sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan. Ada yang menggesa pihak polis segera melakukan siasatan dan tangkapan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.“Ini boleh mencederakan alat sulitnya. Satu jenayah,” tulis seorang pengguna media sosial.Isu berkenaan menimbulkan kebimbangan kerana ia menggambarkan masih wujud sikap pelajar yang kurang kesedaran mengenai batas gurauan dan risiko yang boleh membawa kecederaan serius. 👉 Untuk liputan penuh & berita semasa, layari 📍 http://malaysiahariini.website Tags MALAYSIA HARI INI Facebook Twitter