PENUTUPAN JALAN SEMPENA ISTIADAT PERKAHWINAN DIRAJA DI KLANG

PENUTUPAN JALAN SEMPENA ISTIADAT PERKAHWINAN DIRAJA DI KLANG SHAH ALAM – Beberapa laluan utama di sekitar Klang akan ditutup sementara bermula Sabtu ini, 27 September hingga 29 September, serta pada 1 hingga 2 Oktober 2025, sempena Istiadat Perkahwinan Diraja Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama pasangannya, Cik Afzaa Fadini Abdul Aziz.
Menurut kenyataan Polis Klang Selatan, penutupan jalan bermula seawal jam 8 pagi hingga selesai istiadat. Langkah itu bagi memastikan kelancaran majlis di Istana Alam Shah selain menjaga keselamatan semua pihak. Antara jalan yang ditutup sepenuhnya ialah Jalan Tengku Diaudin ke Jalan Istana, Jalan Istana ke Bulatan Simpang Lima, Jalan Istana ke Jalan Stadium Sultan Suleiman, Jalan Istana ke Lorong Tingkat, Jalan Istana ke Jalan Pegawai, Jalan Istana ke Jalan Tengku Kelana 2, serta Jalan Bulatan Simpang Lima ke Jalan Bukit Istana.
Dua lagi laluan iaitu Jalan Dato’ Hamzah ke Jalan Tengku Kelana dan Jalan Raja Jumaat ke Jalan Istana akan ditutup secara berperingkat. “Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif serta mematuhi arahan anggota bertugas bagi memastikan kelancaran lalu lintas,” kata Polis Klang Selatan menerusi Facebook rasminya. Majlis pernikahan diraja akan berlangsung pada 2 Oktober di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, manakala Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja akan diadakan pada 22 Oktober di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
👉 Untuk berita terkini & info lanjut, lawati 📍 http://malaysiahariini.website

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama