PELURU BERPANDU DIPINTAS DI LANGIT MADINAH, PENDAKWAH MALAYSIA KONGSI DETIK CEMAS
MADINAH – Suasana malam di Masjid Quba bertukar cemas apabila peluru berpandu berjaya dipintas pasukan pertahanan Arab Saudi di langit Madinah. Kejadian itu turut disaksikan oleh pendakwah terkenal Malaysia, Abdullah Khairi, yang ketika itu membawa jemaah menunaikan umrah.
Dalam rakaman video berdurasi 45 saat yang dimuat naik ke TikTok, Abdullah kelihatan panik sambil menunjukkan ke arah langit. Tidak lama kemudian, dentuman kuat kedengaran, menyebabkan jemaah di sekitarnya menjerit ketakutan.
Menurut saksi lain yang turut memuat naik rakaman serupa, sebelum dentuman itu kelihatan cahaya terang menyerupai bebola api besar melintasi ruang udara Madinah, dipercayai serpihan daripada peluru berpandu yang berjaya dipintas.
Sumber antarabangsa menyebut kemungkinan objek berkenaan berpunca daripada sistem persenjataan yang dilancarkan kumpulan bersenjata Yaman ke arah Israel, namun perkara itu masih belum dapat dipastikan.
Sehingga kini, pihak berkuasa Arab Saudi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kejadian tersebut. Bagaimanapun, keadaan keselamatan di Madinah dilaporkan kekal terkawal dan tidak menjejaskan aktiviti jemaah umrah.
Tags
MALAYSIA HARI INI
