PAS DESAK KERAJAAN TARIK BALIK JEMPUTAN KEPADA TRUMP

Pas mendesak kerajaan Malaysia menarik balik jemputan yang diberikan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur bulan depan. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah itu perlu sebagai tanda bantahan terhadap pendirian AS yang jelas menyokong Israel dan menjadi sekutu utama dalam melakukan penindasan serta genosid terhadap rakyat Palestin.
Menurut beliau, Malaysia tidak wajar berbangga duduk sepentas bersama pemimpin yang digelar zalim, tidak berperikemanusiaan dan menjadi simbol keganasan global. Katanya, tindakan AS berulang kali menggunakan kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB demi melindungi Israel membuktikan Trump tidak layak diraikan di rantau ini.
Beliau turut mempersoalkan sama ada Malaysia masih mahu berkompromi sedangkan dunia mendesak gencatan senjata, pembebasan tebusan dan akses bantuan kemanusiaan di Gaza yang ditolak oleh AS. “Usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dilihat tegas memperjuangkan Palestin tidak sepatutnya dicemari dengan jemputan kepada Trump,” tegasnya. Sebelum ini, Anwar mengesahkan kehadiran Trump, namun langkah itu dikritik pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan ia bercanggah dengan pendirian Malaysia mempertahankan Palestin.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama