Laman utamaSUKAN MALAYSIA HARI INI DRAMA DI RAJGIR: SPEEDY TIGERS GAGAL KE FINAL PIALA ASIA SELEPAS TUMBANG 3-4 KEPADA KOREA SELATAN byMALAYSIA HARI INI -September 07, 2025 0 DRAMA DI RAJGIR: SPEEDY TIGERS GAGAL KE FINAL PIALA ASIA SELEPAS TUMBANG 3-4 KEPADA KOREA SELATAN NEW DELHI – Skuad hoki lelaki negara, Speedy Tigers, terpaksa akur selepas hasrat melangkah ke pentas final Piala Asia 2025 berkecai apabila tewas tipis 3-4 kepada Korea Selatan dalam aksi dramatik Super 4 di Stadium Hoki Rajgir, India, Sabtu lalu. Anak buah Sarjit Singh bermula cemerlang dengan gol padang kapten, Mohd Fitri Saari pada minit kesembilan. Malaysia terus mendominasi apabila Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi (m-29) dan Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan (m-31) menambah jaringan untuk meletakkan pasukan di hadapan 3-1. Namun Korea Selatan, yang pernah tewas kepada Malaysia 1-4 pada peringkat kumpulan, tidak mengaku kalah. Mereka bangkit dengan jaringan Oh Seyong pada minit ke-44 dan penyamaan Lee Jungjun enam minit kemudian. Detik duka hadir pada minit ke-51 apabila Kim Hyeonhong menyempurnakan pukulan sudut penalti sekali gus memastikan kemenangan Korea Selatan, sekali gus menutup peluang Malaysia melangkah ke pentas akhir. Kekalahan itu memberi tamparan hebat buat Speedy Tigers yang dilihat berpotensi besar berdasarkan prestasi cemerlang di peringkat kumpulan. 📍 Jom usha: http://malaysiahariini.website / https://malaysiahariininetwork.blogspot.com Tags SUKAN MALAYSIA HARI INI Facebook Twitter