BAYI SEBULAN DITINGGALKAN DI PONDOK BAS: DISAHKAN SINDROM DOWN
Melaka, 27 September 2025 – Seorang bayi lelaki berusia seminggu yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan dalam sebuah kotak di pondok bas hadapan Surau Batu 5, Alai, malam tadi.
Bayi seberat 2.7 kilogram itu dijumpai sekitar jam 9.20 malam oleh jemaah surau dalam keadaan berselimut kain lampin. Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Melaka, Halyjah Muhamad, bayi tersebut disahkan menghidap sindrom down selepas pemeriksaan doktor Hospital Melaka pagi ini. Katanya, ketika ditemukan, bayi berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan.
Beliau turut memaklumkan tiada sebarang nota ditinggalkan bersama bayi tersebut, sekali gus menyukarkan pihak berkuasa mengenal pasti keluarga atau individu yang meninggalkannya. Bayi kini berada dalam pemantauan pihak hospital sebelum diserahkan kepada JKM untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, mengesahkan pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian berkenaan. Katanya, lokasi kejadian telah diperiksa oleh Pasukan D11 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, namun tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kawasan terbabit dan tiada saksi bebas dikenal pasti.
Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.
📍 Untuk berita semasa & info terkini, layari [MalaysiaHariIni].
Tags
MALAYSIA HARI INI
