VIDEO TULAR REMAJA BERIKAN SISA MAKANAN: RAM TIDAK MARAH, POLIS BUAT SIASATAN

 


VIDEO TULAR REMAJA BERIKAN SISA MAKANAN: RAM TIDAK MARAH, POLIS BUAT SIASATAN


JOHOR BAHRU – Lelaki gelandangan dikenali sebagai Ram, 49, tampil memaafkan tindakan tiga remaja yang memberinya sisa tulang ayam seperti dalam video tular. Ram berkata, dia sedang baring di kaki lima Jalan Meldrum apabila disapa remaja terbabit dan diberi bungkusan yang disangka makanan. Namun, isi bungkusan itu hanyalah sisa. Meskipun terkejut, Ram tetap berterima kasih dan menerima bungkusan makanan lain selepas itu.

Insiden tersebut mencetuskan kemarahan netizen selepas video berdurasi hampir dua minit dimuat naik ke TikTok. Dalam video itu, wajah Ram kelihatan kecewa namun tetap tenang. Menurut Ram, dia berharap perkara itu tidak berulang kepada gelandangan lain, dan menganggap remaja terbabit seperti adik sendiri.

Polis kemudian menahan ketiga-tiga remaja lelaki berusia antara 14 hingga 19 tahun untuk siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. MCMC turut menyita tiga telefon dan kad SIM untuk membantu siasatan lanjut kerana kandungan video dianggap jelik serta menyentuh sensitiviti masyarakat.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama