REMAJA MAUT DIREMPUH PENJENAYAH BURUAN DI SEREMBAN



REMAJA MAUT DIREMPUH PENJENAYAH BURUAN DI SEREMBAN

SEREMBAN – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut dalam satu kejadian langgar lari apabila dirempuh sebuah kereta dipandu suspek yang dikehendaki polis, awal pagi Rabu.

Mangsa, Che Wan Muhammad Aqif Mustaqim, dilaporkan sedang menunggang motosikal menuju ke tempat kerja di Jalan Temiang, berhampiran Simpang Bukit Jong, ketika dirempuh secara berdepan oleh suspek yang memandu kereta jenis Mercedes-Benz.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Hatta Che Din, suspek dikenali sebagai R Puvarasan, 28, mempunyai lebih 10 rekod jenayah dan dipercayai cuba melarikan diri daripada pemeriksaan pihak polis sebelum hilang kawalan lalu melanggar mangsa.

Selepas kejadian, suspek bertindak meninggalkan kenderaannya di lokasi dan melarikan diri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Inspektor G Sankar di talian 014-6000353 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama