TUNGGAKAN BIL ELEKTRIK KELANTAN CAPAI RM229 JUTA, AKSB HUTANG RM61 JUTA


 TUNGGAKAN BIL ELEKTRIK KELANTAN CAPAI RM229 JUTA, AKSB HUTANG RM61 JUTA


KUALA LUMPUR – Air Kelantan Sdn Bhd (#Kelantan) berhutang kira-kira RM61 juta dengan Tenaga Nasional Berhad (#TNB) bagi bil elektrik yang belum dijelaskan sehingga 30 Jun 2025. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata secara keseluruhan terdapat 492,174 akaun di negeri itu yang masih mempunyai tunggakan, dengan jumlah keseluruhan mencecah RM229 juta. Daripada jumlah tersebut, tunggakan tertinggi datang daripada pengguna domestik iaitu 411,780 akaun dengan nilai RM114 juta. Sementara itu, pengguna bukan domestik meliputi sektor komersial dan industri sebanyak 80,196 akaun menyumbang RM53 juta. Baki tunggakan adalah daripada 198 akaun milik AKSB sendiri dengan jumlah RM61 juta. Menurut Fadillah, jumlah tunggakan ini menunjukkan penurunan sebanyak RM4.33 juta berbanding 31 Disember tahun lalu. Bagaimanapun, masalah berlarutan akibat kegagalan pemilik premis memindahkan akaun elektrik kepada penyewa turut menjadi punca peningkatan bil tertunggak, khususnya dalam kategori domestik. 📍 Jom usha: http://malaysiahariini.website

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama