AFNAN: ASYRAF WAJDI LEBIH LAYAK TERAJUI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
#KualaLumpur – Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden, menyatakan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki lebih layak menggantikan Fadhlina Sidek sebagai Menteri Pendidikan, berikutan dakwaan kegagalan menangani isu buli di sekolah. Menurutnya, ketegasan Asyraf ketika menerajui MARA terbukti apabila beliau membuang pelajar MRSM terlibat buli tanpa kompromi. Antara tindakan tersebut termasuk menyingkirkan enam pelajar MRSM di #Melaka, pelajar MRSM Besut di #Terengganu, dan tujuh pelajar MRSM di #PulauPinang. Afnan turut membangkitkan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Papar, #Sabah, yang didakwa tidak diuruskan dengan baik dari segi siasatan, sehingga mencetuskan kemarahan masyarakat. Beliau mempersoalkan kelewatan bedah siasat dan ketiadaan tindakan menahan suspek walaupun lebih 60 saksi telah disoal siasat. Cadangan beliau termasuk menggubal akta antibuli serta menubuhkan jawatankuasa khas Kabinet. Afnan turut menggesa sesi penjelasan khas menteri diadakan bagi menjawab pelbagai persoalan mengenai kematian Zara Qairina, selain tidak mahu isu tersebut dipolitikkan. 📍 Jom usha: http://malaysiahariini.website