SULTAN PAHANG TITAH SELURUH NEGERI LAKSANA SOLAT HAJAT UNTUK KEADILAN ZARA QAIRINA




SULTAN PAHANG TITAH SELURUH NEGERI LAKSANA SOLAT HAJAT UNTUK KEADILAN ZARA QAIRINA

KUANTAN (#Kuantan) – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan semua masjid dan surau di seluruh #Pahang melaksanakan solat hajat khas sebagai tanda solidariti dan doa memohon keadilan buat Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13.

Menurut kenyataan rasmi di laman Facebook Kesultanan Pahang, solat hajat itu bertujuan memohon kepada Allah SWT agar segala urusan proses keadilan dipermudahkan dan kebenaran dapat ditegakkan. Baginda turut mendoakan agar ibu bapa serta keluarga Allahyarhamah dikurniakan ketabahan, kekuatan, dan kesabaran menghadapi dugaan ini.

Sabtu lalu, kubur pelajar Tingkatan 1 SMKA Tun Datu Mustapha Limauan, #Sipitang, #Sabah, digali semula untuk proses bedah siasat di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu. Jenazahnya kemudian dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang, pada jam 1.15 pagi Ahad.

Terdahulu, pada 16 Julai lalu, Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sekolah sekitar jam 3 pagi sebelum disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya. Kes ini kini dalam siasatan pihak berkuasa.


Peluang mudah jana pendapatan dari rumah — klik dan mula sekarang 📍 https://christmaspoisonouswiped.com/d4gstquc8m?key=3dfff2dc368065aa903d082895203ba0


 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama