PELAJAR MAUT REMPUH VAN KELUAR SIMPANG MENGEJUT DI KLUANG


 PELAJAR MAUT REMPUH VAN KELUAR SIMPANG MENGEJUT DI KLUANG

#Kluang — Seorang pelajar sekolah lelaki berusia 15 tahun maut selepas motosikal Honda ANF125MR yang ditunggangnya merempuh sebuah van Toyota Hiace di Jalan Cermai 17, Taman Suria, malam Isnin. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku sekitar jam 7.20 malam ketika mangsa dalam perjalanan dari Taman Seri Suria menuju ke Jalan Haji Manan. Siasatan awal mendapati pemandu van berusia 68 tahun itu sedang menghala ke Jalan Cermai 17 sebelum memasuki simpang di sebelah kiri secara mengejut. Mangsa gagal mengelak lalu melanggar van tersebut. Akibat hentaman, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan, dan disahkan maut di lokasi kejadian. Pemandu van tidak cedera. Polis telah menahan pemandu berkenaan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Semakan mendapati pemandu tidak mempunyai rekod lampau dan ujian air kencingnya negatif.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama