VIDEO -LELAKI MAUT, ADIK PARAH AKIBAT LANGGAR DAHAN POKOK PATAH DI LEBUH AMJ

 


LELAKI MAUT, ADIK PARAH AKIBAT LANGGAR DAHAN POKOK PATAH DI LEBUH AMJ

MELAKA – Perjalanan dua beradik dari Tampin ke Muar berakhir tragedi apabila motosikal masing-masing melanggar dahan pokok patah yang melintangi jalan di Lebuh AMJ, Kandang, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Muhammad Fauzy Borhan, 33, yang menunggang Yamaha NVX, maut di lokasi akibat kecederaan parah di muka. Adiknya, Muhammad Naim, 30, yang menunggang Yamaha Y15, cedera parah di kepala dan kini dirawat di Zon Merah Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata siasatan awal mendapati dahan pokok itu merintangi laluan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak dari motosikal. Borang Pol 61 telah diserahkan ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Kedua-dua motosikal dihantar ke PUSPAKOM Rembia bagi pemeriksaan lanjut. Polis memaklumkan tiada rakaman CCTV di lokasi dan kini mengesan saksi bebas untuk membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Inspektor Mohamad Khairul Sallehudein di talian 016-2643637 atau balai polis berhampiran. #Melaka

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama