𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀𝐀𝐍, 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑 𝐖𝐀𝐑𝐙𝐎𝐍𝐄 𝐌𝐄𝐒𝐓𝐈 𝐓𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔 𝟑𝟎 𝐇𝐀𝐑𝐈

KUALA LUMPUR, — Penganjur Warzone World Championship (WWC) perlu menunggu sekitar 30 hari bagi mengetahui status kelulusan kejohanan tempur itu, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Beliau menegaskan tiada keistimewaan khas akan diberikan kepada mana-mana pihak walaupun kejohanan yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Disember di Stadium Arena 9, Nilai, sudah tular di media sosial. “Kita akan proses permohonan mereka dan Pesuruhjaya Sukan (PJS) akan meneliti aspek insurans, permit serta kelayakan atlet. Badan sukan kebangsaan juga akan menilai sama ada atlet terlibat menjalani latihan sah atau sebaliknya,” katanya selepas Majlis Pentauliahan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda 2025 di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, hari ini. Menurut Hannah, pihaknya menerusi PJS sudah menerima permohonan rasmi daripada penganjur WWC untuk tujuan pendaftaran dan pematuhan undang-undang sukan tempur. Beliau turut menegaskan semua kejohanan sukan tempur mesti dijalankan mengikut peraturan antarabangsa serta melalui proses kelulusan sah sebelum dibenarkan berlangsung. Larangan penyertaan peserta bawah 15 tahun dalam acara sentuhan penuh kekal dikuatkuasakan bagi mengelakkan risiko kecederaan serta eksploitasi kanak-kanak. Sebelum ini, video promosi WWC mencetuskan kontroversi selepas memaparkan aksi pergaduhan dua kanak-kanak dari Malaysia dan Indonesia, sehingga mengundang kecaman netizen yang menyifatkan ia tidak sesuai untuk tontonan umum. 📍 Untuk info lanjut, lawati malaysiahariini.website

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama