PELUMBA LANGKAWI LEGENDARY RIDE MAUT SELEPAS ELAK BERGESEL
LANGKAWI – Seorang pelumba Langkawi Legendary Ride (LLR) maut selepas terbabit dalam kemalangan ketika berbasikal di Jalan Kuala Muda, pagi tadi.
Mangsa, Low Beng Seng, 28, yang menyertai kategori 68 kilometer (Eagle Ride), cuba mengelak daripada bergesel dengan peserta lain pada jam 8.45 pagi. Namun, tindakannya menyebabkan beliau tercampak ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan dari arah hadapan.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, impak pertembungan itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk tujuan bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan media.
LLR yang memasuki edisi kelima tahun ini menarik penyertaan kira-kira 1,200 pelumba tempatan dan antarabangsa. Tiga kategori dipertandingkan iaitu Legendary Ride sejauh 101km, Eagle Ride 68km serta Mahsuri Ride sejauh 30km.
Penganjur menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 kepada juara setiap kategori, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM800 serta RM600.
Bagaimanapun, kejadian tragis ini sekali lagi menimbulkan persoalan mengenai aspek keselamatan perlumbaan berbasikal jalan raya yang melibatkan ratusan peserta dan penggunaan laluan awam.
📍 Jom usha: http://malaysiahariini.website / https://malaysiahariininetwork.blogspot.com
.info lanjut dan Untuk berita terkini.