TRAGEDI LEWAT MALAM DI SERI SENDAYAN, DUA LELAKI MAUT TERSEMPIT DALAM KERETA


 

TRAGEDI LEWAT MALAM DI SERI SENDAYAN, DUA LELAKI MAUT TERSEMPIT DALAM KERETA

SEREMBAN – Dua lelaki maut selepas sebuah kenderaan jenis Nissan Latio yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan ngeri, merempuh bahagian belakang sebuah treler di Taman Ekamatahari, Bandar Sri Sendayan, awal pagi Isnin. Insiden tragis ini berlaku pada jam 12.15 pagi, sejurus selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan.

Komander Operasi, PBK I Mohammed Gadaffi bin Abd Manaf, menyatakan sepasukan anggota termasuk sebuah jentera FRT dikerahkan ke lokasi. Setibanya di sana, pasukan mendapati dua mangsa, lelaki berbangsa Cina berumur 48 dan 85 tahun, tersepit di dalam kenderaan mereka. Pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas Road Traffic Accident (RTA) untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa.

Malangnya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut. Operasi menyelamat tamat pada jam 12.35 tengah malam.

Jom usha: http://malaysiahariini.website

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama