PEMUDA 25 TAHUN DIDAKWA BUNUH BAPA, BERDEPAN HUKUMAN MATI ATAU PENJARA SEUMUR HIDUP

PEMUDA 25 TAHUN DIDAKWA BUNUH BAPA, BERDEPAN HUKUMAN MATI ATAU PENJARA SEUMUR HIDUP KUALA LUMPUR – Seorang penganggur berusia 25 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapanya, dalam kejadian tragis di sebuah pangsapuri di Bandar Seri Permaisuri, Cheras, pada 13 September lalu. Tertuduh, Iznan Syahir Mohammad Tasnim, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret S Arunjothy. Namun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, Iznan didakwa menyebabkan kematian bapanya, Mohammad Tasnim Nurdin, 62, kira-kira jam 3.01 pagi di unit pangsapuri berkenaan. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Pendakwaan turut memohon tarikh lain untuk menunggu laporan penuh bedah siasat. Mahkamah kemudian menetapkan 11 Disember ini bagi sebutan semula kes. Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki warga emas ditemui mati dengan kesan tikaman di ruang tamu rumahnya. Polis percaya motif kejadian berpunca daripada perselisihan mengenai isu harta keluarga. Suspek yang juga anak mangsa ditahan tidak lama selepas kejadian dan direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.
🚀 Peluang untuk cuba cara baru jana wang online! Mudah, ringkas & sesuai untuk sesiapa sahaja. 👉 Lihat di sini: https://christmaspoisonouswiped.com/qeh4qwnqg?key=8048e91368526333e27282d85d10eba1

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama