MENTERI BELIA DAN SUKAN GESAK PERSATUAN ANJUR LEBIH BANYAK KLINIK LATIHAN BAGI MEMBANGUN SUKAN NEGARA


 

MENTERI BELIA DAN SUKAN GESAK PERSATUAN ANJUR LEBIH BANYAK KLINIK LATIHAN BAGI MEMBANGUN SUKAN NEGARA

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh, menyeru persatuan sukan di seluruh negara untuk menganjurkan lebih banyak klinik latihan, terutamanya dengan kepakaran dari luar negara, bagi membangunkan kapasiti atlet dan jurulatih tempatan. Beliau berkata, inisiatif ini penting untuk meningkatkan kemahiran mereka yang tidak berpeluang menjalani latihan di luar negara.

Hannah Yeoh menjelaskan bahawa kementerian sudah menyediakan dana untuk klinik-klinik ini, dan beberapa persatuan sukan telah memanfaatkannya. "Saya bagi contoh, sepak takraw dan wusyu tetapi kami akan cari dana yang sama untuk tahun depan supaya terus diperkasakan agar sukan lain juga menerima manfaat," katanya pada sidang media selepas menghadiri klinik skuasy yang dikendalikan oleh bekas juara dunia, David Palmer.

Dalam kenyataan berasingan, Hannah turut menyentuh mengenai insiden kemalangan maut yang melibatkan peserta acara berbasikal di Langkawi semalam. Beliau mengesahkan bahawa KBS telah mengenakan sekatan ke atas penganjuran acara tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut. Beliau menegaskan KBS komited dalam memastikan keselamatan peserta dalam setiap acara sukan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama