KEBAKARAN BESAR DI KALANSANAN: DUA RUMAH RANAP, SEBUAH TERJEJAS

KEBAKARAN BESAR DI KALANSANAN: DUA RUMAH RANAP, SEBUAH TERJEJAS KOTA KINABALU, 25 Sept – Dua buah rumah tidak kekal musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi mengalami kerosakan kecil dalam kebakaran di Lorong 4 Kampung Kalansanan, di sini petang tadi.
Jurucakap JBPM Sabah memaklumkan, panggilan kecemasan diterima pada jam 4.25 petang menerusi talian MERS999. Sejurus itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bersama pasukan bantuan dari BBP Kota Kinabalu dan Tuaran digerakkan ke lokasi. “Operasi diketuai PBK I Saplan Safri dengan kekuatan 26 anggota serta turut dibantu agensi lain termasuk PDRM dan RELA. Pasukan bomba menghadapi kesukaran memasuki kawasan kerana laluan sempit dan kesesakan jalan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan melalui kaedah ofensif, bersumberkan air daripada jentera water tanker. Rumah pertama berkeluasan 60x40 musnah sepenuhnya, rumah kedua berkeluasan 30x40 turut musnah, manakala rumah ketiga berkeluasan 20x40 terbakar kira-kira 10 peratus. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.14 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya jam 6.05 petang. Dalam kejadian itu, tiada mangsa dilaporkan cedera atau terperangkap.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama