FATTAH AMIN & AMIRA OTHMAN UMUM BAKAL BERKAHWIN 14 SEPTEMBER INI


 

FATTAH AMIN & AMIRA OTHMAN UMUM BAKAL BERKAHWIN 14 SEPTEMBER INI

KUALA LUMPUR – Spekulasi mengenai status pelakon Fattah Amin akhirnya terjawab apabila beliau secara mengejut mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Amira Othman pada 14 September ini. Pengumuman itu dibuat dalam satu gimik istimewa semasa majlis pelancaran single terbaharu Amira yang berjudul Rasa & Takdir.

Fattah Amin, yang hadir tanpa disangka-sangka, menyanyikan rangkap terakhir lagu tersebut sebelum naik ke pentas dan mengumumkan berita gembira itu. “Seperti semua orang tahu kami adalah rakan sekerja dan selepas beberapa lama berkenalan, kami insyaAllah ingin bertukar status dari rakan sekerja kepada rakan serumah,” katanya, sambil menyerahkan kunci kepada Amira sebagai simbolik.

Amira Othman, 32, meluahkan rasa syukurnya dan menyifatkan Fattah sebagai seorang lelaki yang baik. Beliau berkata, mereka telah berjanji untuk berkongsi berita gembira ini kepada media apabila tiba masanya. Tarikh pernikahan yang dipilih, 14 September, adalah istimewa kerana ia juga merupakan hari ulang tahun kelahiran Fattah Amin.

Acara penuh gembira itu turut disaksikan oleh ibu bapa Amira, Nora Arshad, 58, dan Othman Abdul Kadir, 62, yang hadir memberikan sokongan. Ini adalah perkahwinan kedua bagi Fattah Amin, yang pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Fazura dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Untuk info-info selanjutnya lawati📍http://malaysiahariini.website

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama