FAHMI GESAK TIKTOK SEDIAKAN MEKANISME LEBIH KETAT, 76,002 KANDUNGAN DITURUNKAN SEJAK JANUARI


 

FAHMI GESAK TIKTOK SEDIAKAN MEKANISME LEBIH KETAT, 76,002 KANDUNGAN DITURUNKAN SEJAK JANUARI

#Kuala Lumpur — Sebanyak 76,002 kandungan di platform TikTok telah diturunkan sepanjang tempoh 1 Januari hingga 31 Ogos 2025, manakala 10,730 kandungan lain tidak diambil tindakan. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menggesa TikTok untuk menyediakan mekanisme lebih ketat bagi menangani isu penipuan dan buli siber. #TikTok #Malaysia

Menurut Fahmi, beliau telah memberi tempoh masa kepada pihak TikTok untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Beliau turut menyentuh isu kewujudan akaun milik kanak-kanak bawah usia 13 tahun yang tidak dipatuhi pengendali platform. Oleh itu, beliau mendesak agar sistem pengesahan umur seperti yang diamalkan di #Singapura dan #China diperkenalkan.

Beliau menambah, kerajaan tidak bercadang mengenakan tindakan sekatan ke atas platform itu kerana ia antara platform e-dagang popular negara. Isu sebenar yang perlu diberi perhatian adalah pematuhan undang-undang dan masalah penipuan dan buli siber. #Komunikasi #Fahmi Fadzil #E-dagang

📍 Jom usha: http://malaysiahariini.website / https://malaysiahariininetwork.blogspot.com

Info lanjut dan Untuk berita terkini.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama