STR FASA 3: RM2 BILION DIAGIH KEPADA 8.6 JUTA PENERIMA SELURUH NEGARA
PUTRAJAYA — Mulai esok, 8.6 juta rakyat Malaysia akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 melibatkan peruntukan keseluruhan RM2 bilion. Kementerian Kewangan memaklumkan jumlah ini meningkat sebanyak 300,000 penerima berbanding Fasa 1 pada Januari 2025 berikutan pembukaan permohonan baharu dan rayuan sepanjang tahun.
Penerima layak akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM650, bergantung kepada kategori, sama ada dikreditkan terus ke akaun bank atau melalui pengeluaran tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). #Putrajaya
Langkah ini selaras dengan komitmen kerajaan untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Kerajaan turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan pautan atau mesej palsu yang menggunakan nama STR. Semakan status pembayaran boleh dilakukan menerusi portal rasmi Bantuan Tunai Rahmah di https://bantuantunai.hasil.gov.my. #KualaLumpur #Malaysia
info lanjut dan Untuk berita terkini
📍 Jom usha: http://malaysiahariini.website
