PM: PEMIMPIN AGAMA WAJIB BERSATU PERTAHANKAN KEADILAN DAN KEMANUSIAAN

 


PM: PEMIMPIN AGAMA WAJIB BERSATU PERTAHANKAN KEADILAN DAN KEMANUSIAAN

#PetalingJaya - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pemimpin agama daripada semua kepercayaan perlu memainkan peranan lebih besar dalam mempertahankan nilai keadilan, kemanusiaan serta belas kasihan di tengah-tengah krisis global yang semakin mencabar.

Dalam ucapannya di Sidang Kemuncak Antarabangsa Pemimpin Agama Ke-2 2025, Anwar menegaskan pemimpin agama tidak boleh tunduk kepada kepentingan politik semata-mata, sebaliknya menjadi benteng menolak hipokrasi serta keruntuhan moral yang semakin ketara.

Beliau turut menyentuh tragedi di Gaza yang menurutnya mencerminkan kehilangan kejelasan moral oleh masyarakat antarabangsa. Katanya, “Setiap hari kita melihat bayi dibunuh, rumah dibom, tetapi suara hati nurani dunia semakin pudar.”

Menurut Anwar, peranan pemimpin agama amat penting dalam menyatukan masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan, memupuk persefahaman, serta menegakkan nilai kemanusiaan dengan keberanian. Beliau menegaskan Malaysia komited mengekalkan keharmonian meskipun kepelbagaian agama dan budaya wujud dalam negara ini.

📍 Jom usha: http://malaysiahariini.website / https://malaysiahariininetwork.blogspot.com
Info lanjut dan untuk berita terkini, jangan lepaskan peluang ikuti perkembangan semasa di laman ini.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama