PEMANDU LORI TERBABIT KEMALANGAN MAUT ANGGOTA POLIS DIBERKAS


 

PEMANDU LORI TERBABIT KEMALANGAN MAUT ANGGOTA POLIS DIBERKAS

#BAGAN SERAI – Polis menahan seorang lelaki berusia 64 tahun yang dipercayai memandu lori dalam kes kemalangan maut membabitkan seorang anggota polis di Kilometer 94 Jalan Ipoh-Butterworth berhampiran Taman Selinsing Indah, Rabu lalu.

Suspek diberkas di rumahnya di #BaganSerai sekitar jam 6.30 petang, Khamis hasil risikan serta maklumat orang awam. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Jafri Md Zain memaklumkan, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah manakala ujian air kencingnya negatif. Polis turut mengambil sampel darah untuk analisis alkohol.

Dalam kejadian sekitar 5.15 petang, mangsa Konstabel Muhammad Hakim Danial Ruhiman, 23, dari Balai Polis #BaganSerai, maut selepas motosikal Honda ditungganginya bergesel dengan lori terbabit. Beliau mengalami kecederaan parah di pinggang serta kaki sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital #Taiping pada 8.15 malam.

Sebelum ini, Ketua Polis #Perak, Datuk Noor Hisam Nordin mengesahkan terdapat saksi melihat lori berwarna putih bertutup kanvas kelabu berhenti sebentar di bahu jalan sebelum meninggalkan lokasi kemalangan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama