Lelaki Maut Dirempuh Kereta Pusingan 'U' Mengejut di Batu Pahat

 



BATU PAHAT, 6 Ogos 2025 – Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun maut dalam satu kemalangan tragis melibatkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Johor Bahru - Melaka, Peserai, malam semalam.

Menurut Polis Daerah Batu Pahat, kemalangan berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari Kampung Parit Siba, Bagan menuju ke pusat bandar Batu Pahat melalui Jalan Simpang Lima.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta dari arah yang sama dipercayai membuat pusingan ‘U’ secara mengejut di kawasan yang tidak dibenarkan, menyebabkan perlanggaran berlaku,” kata kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Pemandu kereta, lelaki tempatan berusia 28 tahun, turut mengalami kecederaan di kepala. Lima penumpang kereta yang merupakan ahli keluarganya – termasuk isteri, dua anak kecil, ibu mertua, dan adik ipar – hanya mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di hospital sama.

Kes Disiasat di Bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Polis mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama